Lectionary Calendar
Wednesday, April 2nd, 2025
the Fourth Week of Lent
There are 18 days til Easter!
Attention!
Tired of seeing ads while studying? Now you can enjoy an "Ads Free" version of the site for as little as 10¢ a day and support a great cause!
Click here to learn more!

Read the Bible

Alkitab Terjemahan Lama

Yosua 16

1 Arakian, maka bahagian bani Yusuf ditentukan dengan membuang undi menjadi demikian: Dari pada Yarden dekat dengan Yerikho, dari pada air Yerikho ke timur, lalu menerusi padang belantara yang naik dari Yerikho ke pegunungan, ke Bait-el;
2 maka dari Bait-el lalu ke Luz dan menyusur perhinggaan tanah orang Arkhi ke Atarot.
3 Lalu ke barat dengan menyusur perhinggaan tanah orang Yafeleti ke perhinggaan Bait-Horon hilir sampai ke Gezer dan demikian kesudahannya di laut sebelah barat.
4 Begitulah bani Yusuf, yaitu Manasye dan Efrayim, beroleh bahagian pusakanya.

5 Maka perhinggaan tanah bani Efrayim dengan bangsa-bangsanya adalah demikian: Perhinggaan tanah bahagian pusakanya pada sebelah timur adalah Aterot-Adar sampai ke Bait-Horon hulu.
6 Lalu perhinggaan itu keluar dekat dengan Mikhmetat, yang ditinggalkannya pada sebelah utara, dan dari sana perhinggaan itu balik ke timur pula ke Taanat-Silo, lalu terus dari pada itu pada sebelah timur Yanoah.
7 Lalu turun dari Yanoah ke Atarot dan Naara dan berdompak dengan Yerikho, lalu keluar sampai Yarden.
8 Maka dari Tapuah perhinggaan tanah itu ke barat, ke anak sungai Kana, tempat kesudahannya pada sebelah barat. Maka sekalian inilah milik pusaka suku bani Efrayim serta dengan bangsa-bangsanya.
9 Maka di luar perhinggaan tanahnya adalah lagi pada bani Efrayim beberapa negeri di tengah-tengah bahagian pusaka bani Manasye, baik negeri-negeri baik daerahnya.
10 Maka tiada dihalaukannya orang Kanani yang duduk di Gezer, sehingga duduklah orang Kanani itu di tengah-tengah orang Efrayim sampai kepada hari ini, tetapi takluk juga mereka itu dengan membayar upeti.

 
adsfree-icon
Ads FreeProfile